Hal Ehwal Murid

Tugas-Tugas GPK Hal Ehwal Murid



A.        Mengajar


1.  Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2.  Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3.  Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
1.  Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

A.        Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar


1.  Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid
2.  Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid
3.  Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:

à Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
à Pelbagai Biasiswa
à Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan
à Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta
à Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin

4.  Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid
5.  Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
6.  Mengendalikan kes-kes disiplin murid
7.  Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah
8.  Menguruskan hal-hal Projek susu.

B.        Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar


1.  Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu
2.  Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain
3.  Menguruskan perpindahan murid

C.        Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam


1.  Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum
2.  Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3.  Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang

D.        Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain


1.  Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid
2.  Menyelia kemudahan rawatan murid
3.  Menyediakan peralatan teknologi pendidikan
4.  Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid
5.  Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah
6.  Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi
7.  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dan Kementerian Pendidikan dari masa kesemasa.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...